Kamis, 26 Mei 2022

Literasi Digital Media

 literasi Digital 

        Assalamualaikum  Selamat Datang  sahabat Generasi Z gimana kabarnya nih, di tugas yang kali ini  di situs saya seputar "teknologi informasi dan komunikasi ICT" yang akan membahas tentang   Literasi Digital. Sebelumnya saya bertermakasih atas kesediaannya mengunjungi situs saya ini. Sebagaimana yang kita ketahui, pada era yang serba moden ini , wujudnya literasi media digital ini yang juga dikenali sebagai literasi komputer merupakan salah satu komponen dalam Kemahiran Literasi Maklumat yang merangkumi kemahiran penggunaan perkakasan komputer, perisian, internet, telefon bimbit, dan peralatan digital yang lain. Literasi Digital ini merujuk kepada keupayaan mengenal pasti, mencari, memahami, menilai dan menganalisis dan mengguna maklumat melalui teknologi digital. Secara tidak langsung , hal ini telah memudahkan masyarakat untuk berhubung , mencari maklumat dan sebagainya hanya dihujung jari mereka. Terbukti juga bahawa,dalam media literasi ini terdapat pengetahuan tentang bagaimana media bekerja, bagaimana media membangun makna-makna sosial dan bagaimana media berfungsi dalam kehidupan kita sehari-hari. Hal ini bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mampu menggunakan media secara cerdas dan kritis. Sebagai contoh, literasi media akan menjadi seseorang yang mampu untuk membaca, memahami, menguasai dan mengkritik isi-isi yang terdapat dari pesanan-pesanan media. Menurut Potter,W.J.(2005) di dalam Herlina, literasi media adalah satu set perspektif yang aktif yang  kita gunakan untuk membuka diri kepada media untuk menafsirkan makna pesan yang kita hadapi. Kita membangun perspektif kita dari struktur pengetahuan. Untuk membangun struktur pengetahuan kita, kita perlu alat dan bahan baku. Alat-alat adalah keterampilan kita. bahan baku adalah informasi dari media dan dari dunia nyata. Aktif menggunakan berarti bahwa kita sedar akan pesan dan berinteraksi dengan mereka (Herlina,2012).

Tambahan pula, masyarakat saat kini baik kanak-kanak mahupun orang dewasa,tumbuh dengan lebih banyak  mengakses ke media digital.Selain itu, remaja yang berkomunikasi dan terlibat satu sama lain dengan dunia yang lebih luas melalui media sosial.Terdapat kaum muda secara aktif memanipulasi media digital untuk beradaptasi dalam kehidupan sosial dan budaya, serta untuk mengejar minat mereka dan untuk mengekspresikan diri mereka secara dalam talian.

 KEPENTINGAN LITERASI MEDIA DIGITAL

      PENGGUNAAN MEDIA DIGITAL DALAM PERNIAGAAN  

            Pada masa kini, tidak dapat dinafikan bahawa media digital ini telah menjadi penyumbang terpenting kepada perkembangan pesat sektor perniagaan di Malaysia .Kini , orang ramai terutamanya  para perniaga mudah menyedari akan faedah yang mereka bakal diperolehi sekiranya media digital ini digunakan dengan baik dan betul serta berkesan. Walaupun sesebuah perniagaan yang dibangun itu menggunakan modal yang sedikit, tetapi jika pemilik mampu mengadaptasi media digital ini dengan baik ditambah dengan pengurusan yang sistematik , mereka mampu mengembangkan perniagaan mereka sehingga ke peringkat global. Tambahan pula, jika media yang digunakan ialah internet hal ini sangat memudahkan para peniaga untuk memperkembangkan perniagaan mereka dengan sangat mudah. Sebagai contoh, media sosial seperti aplikasi Facebook yang telah diperkenalkan kepada masyarakat dunia secara tidak langsung telah menjadi media yang sering digunakan oleh para peniaga untuk mengiklankan dan mempromosikan barangan ataupun produk yang mereka ingin jual.Dalam laporan Wave 5 oleh Universal MacCann pada Oktober 2010, iaitu seramai 1.5 juta orang melawat laman sosial dalam talian setiap hari. Hal ini telah memudahkan para peniaga mempromosikan produk jualan mereka kerana dengan adanya orang ramai yang melawati laman-laman sosial ini telah memudahkan mereka mendapatkan pelanggan untuk membeli produk yang mereka jual. Terbukti bahawa, penggunaan  media digital dalam perniagaan merupakan kepentingan literasi media digital kepada masyarakat.

     SEBAGAI MEDIUM  UNTUK RAKYAT BERSUARA

Pada era globlisasi ini ,media digital amat diperlukan untuk menyampaikan hak bersuara rakyat terhadap negara. Hal ini dikatakan demikian kerana, segala aduan boleh terus diadukan di media digital sama menggunakan media cetak mahupun media elektronik .Sebagai contoh, untuk media elektronik seperti telefon pintar mereka dapat melayari internet di telefon tersebut dan membuka laman sesawang Facebook Perdana Menteri ataupun stesyen-stesyen televisyen yang menjadi penyalur maklumat kepada pihak berkuasa.Jika aduan atau cadangan yang diajukan berasas, pihak-pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menangani masalah yang berlaku.Cara ini mungkin akan lebih berkesan kerana wakil-wakil rakyat mula menggunakan media digital sebagai medium untuk mendekatkan diri dengan rakyat dan mendengar semua keluhan dan aduan rakyat di kawasan mereka.Tambahan pula,melalui media digital ini, menyebabkan seseorang individu yang tidak mempunyai keberanian untuk bersuara secara berdepan dengan para pemimpin juga mampu tampil untuk membuat cadangan atau krittikan secara sihat tanpa melalui demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh pihak tertentu. Namun demikian, kerjasama dari pemimpin juga mampu memberikan peluang kepada rakyat untuk membuat penambahbaikan dalam system-sistem tertentu untuk memperkasakan lagi corak pentadbiran negaradalam proses menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Terbukti bahawa, sebagai medium untuk rakyat bersuara merupakan kepentingan literasi media digital terhadap masyarakat.

   PENYAMPAIAN MAKLUMAT DENGAN PANTAS .

            Dengan wujudnya kemudahan media digital dapat menyampaikan sesuatu maklumat dan dikongsi dengan mudah kepada seluruh masyarakat. Sebagai contoh, setiap pelajar sama ada peringkat sekolah mahupun universiti telah didedahkan tentang kelebihan media digital kerana mampu menyampaikan maklumat dengan pantas hal ini memudahkan mereka untuk memperolehi sesuatu maklumat yang mereka ingin cari dengan mudah iaitu hanya menggunakan enjin carian mudah seperti google dan yahoo tanpa perlu pergi ke perpustakaan. Selain itu , mereka juga bole memuat turun buku elektronik secara percuma ataupun berbayar, pelajar juga boleh mendapatkan sampel tugasan untuk dijadikan sebagai rujukan. Segala maklumat ini hanya berada dihujung jari.Tambahan pula, para pelajar boleh menambah ilmu pengetahuan di luar skop tanpa bergantung kepada silibus pelajaran sekolah sahaja. Bukan itu sahaja, malah ibu bapa juga boleh menggunakan manfaat ini untuk mencari tips seperti tips keibubapaan,resepi makanan dan sebagainya untuk diaplikasikan dalam kehidupan sehari-harian. Manakala , bagi seorang guru pula dengan adanya media digital ini  memudahkan seorang guru untuk menjalankan proses pembelajaran terhadap murid-muridnya dengan mudah seterusnya dapat meningkatkan kualiti pembelajaran di sekolah. Terbukti bahawa, penyampaian maklumat dengan pantas dan cekap merupakan kepentingan literasi media digital terhadap masyarakat.

  MEMPERMUDAHKAN PROSES KOMUNIKASI

Adanya literasi media digital ini mempermudahkan proses komunikasi berlaku. Hal ini dikatakan demikian kerana, dalam media digital ini ada ditawarkan beberapa aplikasi untuk memudahkan komunikasi dalam keadaan jarak jauh seperti  facebook, twitter, instagram, whatsapp dan sebagainya sebagai alat untuk berkomunikasi dengan seseorang. Perkara ini, secara tidak langsung membantu masyarakat untuk memudahkan proses komunikasi mereka dengan menghubungi kenalan yang terpisah melalui media sosial. Disamping itu,media sosial ini juga dapat mengeratkan  kembali hubungan silaturrahim walaupun sudah lama tidak berjumpa dengan rakan tersebut. Selain itu, hal juga dapat menjimatkan masa seseorang untuk berkomunikasi kerana tidak perlu memikirkan dimana tempat untuk bertemu dan tidak mengeluarkan sebarang kos untuk menaiki kenderaan dan sebagainya untuk berjumpa dengan seseorang individu tersebut. Tambahan pula, pencapaian internet berkelajuan lebih tinggi ini turut memudahkan komunikasi antara seseorang individu dengan individu lainnya berjalan dengan lancar dan cekap dengan adanya internet yang berkelajuan tinggi ini. Terbukti bahawa , mempermudahkan proses komunikasi merupakan kepentingan literasi media digital terhadap masyarakat.

3.0 KESIMPULAN 

            Jelaslah bahawa , literasi media digital ini membawa banyak faedah kepada seluruh masyarakat terutamanya golongan pelajar,pekerja dan para peniaga yang menjual produk jualan mereka dengan menggunakan media digital sama ada media cetak ataupun media elektronik. Selain itu, dengan kemajuan pesat bagi media digital ini serba sedikit membantu masyarakat terutamanya pelajar kerana memudahkan pelajar untuk mengakses sebarang maklumat di media digital seperti adanya internet dapat membantu mereka mendapatkan maklumat tersebut untuk menyiapkan kerja sekolah mereka .Disamping itu, turut membantu para pekerja syarikat misalnya untuk mengelola segala pekerjaan mereka dengan menggunakan media digital. Terbukti bahawa, literasi media digital sangat penting untuk membantu masyarakat untuk mencari mklumat,berhubung dengan orang dengan mudah dan sebagainya serta dengan adanya media digital ini meningkatkan tahap ilmu pengetahuan masyarakat terhadap teknologi-teknologi yang serba canggih ini ditambah dengan peredaran zaman yang semakin moden.

RUJUKAN

Kepentingan media sosial dalam perniagaan. (2016) .Dipetik dari http://syairolazuan21.blogspot.com/?m=1 pada 20 November 2019

Literasi Media Digital, Apakah Penting? (2018). Dipetik dari https://www.google.com/amp/s/www.kompasiana.com/amp/ellyciasalsabil/5c07e8b3aeebe1149f629372/literasi-media-digital-apakah-penting pada 20 November 2019

Apakah itu literasi digital? (2012).Dipetik dari https://pssmkamar.wordpress.com/apakah-itu-literasi-digital/  pada 21 Novermber 2019

Literasi media dan literasi digital. (2017).  Dipetik dari https://www.google.com/amp/s/tennewssite.wordpress.com/2017/05/23/literasi-media-dan-literasi-digital/amp/  pada 21 November  2019

Literasi media dan digital. (2014). Dipetik dari makalahdasar.blogspot.com/2017/06/literasi-media-dan-literasi-digital.html?m=1  pada 20 November 2019

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Literasi Digital Media

 literasi Digital             Assalamualaikum   Selamat Datang   sahabat Generasi Z gimana kabarnya nih, di tugas yang kali ini   di situs...